Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatatkan pergerakan penumpang sebanyak 8.2 juta pada September 2022 untuk kesemua rangkaian lapangan terbangnya.
Menurut MAHB, pergerakan penumpang terus menunjukkan tanda-tanda pemulihan selepas melepasi lapan juta penumpang buat kali pertama sejak Mac 2020.